Friday, February 27, 2009

si dia

dimanakah kau di kala aku memerlukan mu,
kau muncul tika aku sudah lupa kewujudan mu,
kenapa berlaku sebegitu?
mengapa kau patut hadir?
kenapa kau tidak saja hadir bila aku memerlukan mu,
mengapa kau hanya hadir bila kau memerlukan sahaja?
tidakkah kau memahamiku?
tidakkah kau ingin mendampingi ku?
ke mana saja, walau ke bulan pun,
akan ku rela bersama mu,
bawalah diri ini jauh dari segala-galanya,
biar kita merentas desa, menyeberangi sungi, mendaki gunung, menggapai awan......


muahhahahah..... sajak kalut ku.........

Tuesday, February 24, 2009

'chi quai'


Aku paling menyampah apabila dengar perkataan ni diucapkan. Setiap kali aku terdengar perkataan ini, tak kisahlah dalam situasi apapun aku barada, pastinya darahku sudah mendidih. Memang geram dan mual mendengar perkataan ini. Kepada sesiapa yang tidak tahu apakah perkataan ini dan maknanya, saya mengambil peluang ini untuk menerangkan kepada anda semua. Perkataan ‘chi quai’ berasal daripada bahasa mandarin yang bermaksud pelik. Kemarahan aku pada perkataan ini memang tiada batasnya, bahkan ketika aku menaip petikan ini pun, aku terasa bahang kemarahan. Aduhai, kenapalah perkataan ini wujud. Setakat ini, perkataan inilah yang aku klasifikasikan sebagai perkataan yang aku paling menyampah dalam hidupku. Aku teramat benci mendengar perkataan ini, lebih-lebih lagi kalau cara pengucapannya ditambah dengan nada yang agak nyaring, memang meloyakan.