Tuesday, March 31, 2009

PTPTN OH PTPTN.......

Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi,
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur


Tuan,


Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah


“Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah atau upah telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2008. Penawaran pembiayaan pendidikan mengikut kaedah Ujrah telah pun dilaksanakan kepada peminjam baru bagi kelulusan selepas 1 Disember 2008 dan akan dipanjangkan kepada semua peminjam sediada. Surat tawaran dan perjanjian mengikut kaedah Ujrah akan dikeluarkan dan diedarkan secara berperingkat kepada peminjam yang layak setelah urusan migrasi data daripada sistem sedia ada kepada sistem baru disiapkan. Semua peminjam perlu menandatangani perjanjian baru yang merupakan salah satu syarat bagi memenuhi kehendak syariah. Pengiraan upah satu peratus (1%) akan dilaraskan kebelakang, bermula 1 Jun 2008 selepas perjanjian baru ditandatangani dan dikembalikan oleh peminjam. Peminjam dinasihatkan untuk mengemukakan alamat terkini sekiranya bertukar alamat bagi melancarkan proses pengeposan surat tawaran dan perjanjian baru. Maklumat lanjut - Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008 "

Kenyataan diatas dipaparkan di web rasmi PTPTN, tetapi dimanakah pelaksanaannya? Seperti yang kita semua sedia maklum, sepatutnya, kaedah ini dilaksanakan bermula dari Januari 2009, tetapi sehinga kini tiada sebarang berita dari pihak PTPTN. Adakah pelaksanaan ini akan mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun lagi? dan rakyat perlu bersabar seperti menanti buah yang tidak gugur?

Saya dengan ini menyeru pihak PTPTN supaya mempercepatkan pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan berasaskan kaedah Ujrah untuk kebaikan bersama.








Sekian,


Rakyat Yang Prihatin.

Monday, March 30, 2009

Ayam Chettinad

Bahan-bahan:

-Kelapa parut setengah biji
-1 camca kecil jintan kasar digoreng sebentar tanpa minyak
-1 cm serbuk kulit kayu manis digoreng sebentar tanpa minyak
-3 biji buah pelaga digoreng sebentar tanpa minyak
-4 bunga cengkih digoreng sebentar tanpa minyak
-3/4 camca kecil kunyit serbuk
-3/4 camca kecil garam masala
-2 biji bawang besar didadu
-2 cm halia dihiris
-3 ulas bawang putih dicingcang halus
-2 camca besar serbuk cili
-3 biji buah tomato
-4 tangkai daun kari
-Juice dari sebiji limau nipis
-Segengam daun ketumbar
-Ayam 1 ekor dibelah 12 (digaul garam dan kunyit dan digorengkan) -
Minyak untuk mengoreng

Cara Memasak:

1. Giling atau mesen kelapa bersama-sama rempahratus yang digoreng tadi sampai lumat.
2. Panaskan minyak lalu digoreng bawang besar, halia, putih sampai kuning. Masukan kelapa yang dimesin tadi, serbuk cili, garam masala, kunyit dan digorengkan.
3. Masukan buah tomato dan sedikit air masaklah sampai kuahnya pekat.
4. Masukan garam, air limau dan daun ketumbar.


Sedia dihidangkan.

Tuesday, March 10, 2009

Bila Aku mula melihat SeKeLILINGKU.....

Sejak kebelakangan ini, aku dah mula fokus kepada isu-isu politik dalam negara. kalau dulu, memang haram, aku lebih fokus kepada isu masyarakat atau apa-apa berita lain yang menarik minatku. tapi kini, aku tidak sabar untuk melihat apakah isu hangat dalam politik negara. sebenarnya, aku bukanlah jenis yang minat isu politik atau ahli politik tetapi apa yang berlaku di negara kita hari ini adalah suatu yang tidak pernah aku jangka lima tahun dahulu. Ada pulak isu-isu yang, kalau fikir balik, memang tiada manfaatnya, lebih-lebih lagi ketika masalah economi. Malahan, pelaksanaan kerjaan untuk menangani permasalahan ini tampak kurang mantap. mungkin isu-isu politik yang berlaku kini mengganggu konsentrasi kerajaan untuk menunaikan tanggungjawabnya atau memang setakat ini sahajalah kemampuan kerajaan? aku tidak pasti.. yang pasti, masalah ekonomi perlu ditanggani dengan segera... mungkin kakitangan kerajaan tidak lagi terasa bahang kemerosotan ekonomi memandangkan mereka mempunyai perkerjaan yang bergaji lumayan dan terjamin. tetapi, sedarkah anda, perkerja di sektor swasta sudah mula terasa peritnya? kenaikan gaji ditangguh atau memang tiada kenaikan, bonus tahunan dikurangkan, elaun kerja masa tambahan dihapuskan dan banyak lagi. Akibatnya, ramai yang cuba mencari kerja tambahan diwaktu petang atau malam untuk menampung perbelanjaan harian, wang perbelanjaaan bulanan dikurangkan, rancangan-rancangan yang dirancang untuk keluarga terpaksa ditangguh atau dibatalkan terus. Adilkah ini? sebahagian rakyat hidup tanpa mengenal erti kesusahan dan selebihnya hidup dengan harapan hidupnya pasti dapat dinaik taraf suatu hari nanti? adakah kita hidup di dalam negara yang sama dan menikmati pelbagai prasarana dengan sama rata? walaupun negara kita telah merdeka lebih dari 50 tahun, aku masih merasakan tidak semua rakyat Malaysia melalui kehidupan yang sama rata. Disana-sini aku melihat ketidakadilan dan aku tidak punya kuasa untuk membetulkannya. jadi siapakah yang mempunyai kuasa ini?
Ya....pemimpin kita....pemimpin yang mempunyai kuasa dan boleh membawa perubahan...tetapi jika parti pimpinan yang sedia ada asyik bertelagah sesama sendiri dan membazirkan masa, aku takut suatu hari nanti, nasi sudah menjadi bubur. Tiada maknanya menyedari sesuatu selepas terlambat. Dengan ini, aku berharap segala propaganda politik yang negatif dapat dihapuskan dan perhatian diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tahukah kerajaan ramai rakyat malaysia yang berpendididkan tinggi tapi masih hidup dalam keaddan serba serbi? Pelik, tapi itulah hakikat....jika anda tidak tahu akan hal ini, bukalah mata anda dan cuba cari cara untuk perangi masalah kemiskinan hingga ke akar umbi......
'Kemiskinan' boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada negara dan tidak hairanlah jika suatu hari nanti, negara akan menjadi mundur, tidak kukuh dan ditindas.

PPSMI: GMP nafi didalangi pihak tertentu
Mar 9, 09 7:45pm

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka".Sabtu lalu, kira-kira 8,000 orang menyertai perhimpun anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP). Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata apabila mereka mula berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Perhimpunan tersebut turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya dalam sidang akhbar di Rumah Pena di ibunegara hari ini, lapor Bernama.Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.Jumpa PMHassan berkata gerakan itu bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik malahan mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.Sehubungan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat sebelum perhimpunan agung Umno hujung bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan itu sebagai sebuah jawatankuasa yang aman."Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat, kami berniat baik dalam memperjuangkan prinsip mahu mengembalikan dasar lama yang tiada masalah dalam sistem pendidikan negara."Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.Beliau berkata apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003 telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya termasuk ahli akademik serta sasterawan menyertai ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.