Thursday, April 30, 2009

hARi gUrU


PENGENALAN HARI GURU


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA


1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi)

pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan

Friday, April 24, 2009

Hari Pekerja

untuk dikongsi bersama, sumber: wikipedia
.
.
.

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei.. Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
.
.
Asal-usul

Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21 April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
.
.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
.
.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.

Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.

Persatuan Pekerja atau Buruh

Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.

Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut. sila lihat Hari Setia (Loyalty Day) dan Hari Undang-undang(Law Day).

Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.

PENYERTAAN PERHIMPUNAN PERPADUAN HARI PEKERJA 2009

.
.



Thursday, April 23, 2009

Semalam

.
Malam tadi aku tertidur awal. awal? hmm, sebenarnya tidak juga. lebih kurang pukul 12.00am. Semalam adalah hari aku tersenyum lebar selepas menonton W&D. Ya, semalam adalah episod terakhir dan telah sampai ke penghujung rancangan. hmm, ceritanya boleh tahan lah. ok, aku puas.
.
.
Kepada cik Malar yang hantar msg, 'tak, call mu tempohari, tidak mengganggu'
.
.
Semalam aku penat gila. Dah lah berhempas pulas kat tempat kerja (dengan perasaan dilema)
pastu aku ke rumah 2 anak muridku. dah lah moodku tak berapa baik (tapi aku tak tunjukan), murid kecik aku buat hal pulak. bayangkan semua homework yang aku bagi dia tak buat pun. actually, last week dia tak siap separuh, kali ini kesemuanya. panas tak? Kelas ku bermula lebih kurang pukul 6.30 ptg. first start dengan kakak dulu. tidak dinafikan kakaknya (murid besar ku-P5) bagus, bersemangat dan boleh dikategorikan budak pandai. so, kelas berjalan rancak, sampai dia terjerit-jerit menjawab soalan. Masa itu, aku ada rasa segan sikit, ye la rumah orang tapi terpekik-pekik. ku diamkan jua. pastu masa aku laporan, aku pun tulis bersemangat....bla....bla....bla....pastu: terlalu banyak bercakap, perlu dikurangkan. (tujuan aku, bukan nak mematahkan semangat studentku, tapi aku rasa, a teacher job is not end with just teaching, malah sebolehnya mendidik tatasusila, kesopanan, adab, pertuturan dan segala-gala yang baik). ahem, betulkah? atau aku ke yang perasan, syok sendiri?
.
.
Habis kelas ngan kakak, adiknya pun start around 8.00pm, kerja tak siap. bila aku tanya kenapa tak siap, dia jawab tak faham. Setelah meneliti soalan aku terima, ok lah mungkin juga. tapi beralih kepada kepada saolan-soalan lain, eh takkan semuanya tak faham. Fahamlah aku, student kecik aku sengaja ta buat kerja (malas...walaupun perkataan ni agak negatif untuk digunakan pada studentku, nanti apa pulak perasaan mak dia kalo aku kata anak dia pemalas). so, aku tak move to new topic, suruh dia buat homework.....mulalah sesi aku memujuk, merenung dan si dia memuncung...haiz.......sampai pukul 9.30pm
(coz, there is no point of moving to next topic when the student not understand or he don't want to make himself understand-hmm?)
.
.
macam-macam perangai.....ni baru dua, belum satu kelas....aduh
so for teachers....you guys are really great....
.

Wednesday, April 15, 2009

Dr Malar

Kepada yang tidak tahu, semalam ialah Tahun Baru bagi masyarakat tamil - bukan India tapi Tamil. Hanye tamil sahaje ye cik cik, tuan-tuan….

So, pagi semalam mase mandi, sempat aku berkira-kira nak berniat yang baik seadanye…pastu lps kemas-kemas, sembayang…ade gak orang yang dah msg aku malam sebelumye….wish New Year….sampai ofis, aku pun reply, pastu aku plak cam biase belek-belek kat contact list untuk cari mangsa msg ku pulak…

Ok, sebenarnye bende yang aku nak post hari ni tentang kawan aku sorang ni….Cik Malar a.k.a. Dr Malar (future). So, Malar thanks for your msg and call (1 hour yesterday nite- till your credit finish and I miss some part of War & Destiny) and for 5-6 hours that we spend for chatting each other via yahoo messenger today.

So, for those who want to know, aku dan Malar adalah classmate masa form six. Form six….bila teringat, pehhh…rase nak pitam…..memang tough…Bio, Maths Lanjutan, Kimia (itu peberet aku), Pengajian am dan Muet. Ok la. Cik Malar skrang kat Palembang, buat Medic. Semoga Berjaye ye, kok mane tau, satu hari nanti aku patience ko…..bagi aku privilege skit ye…

Dan ni, nak ucapkan terima kaseh sbab ko sudi dengar aku merepek, merapu, mencurah kat ko, acctually ade banyak lagi, mungkin perlukan 5-6 jam lagi …. Nanti-nanti la ye…Aku nak ko selesaikan exam dulu…nanti kita borak lagi…
Pesan aku:

Benda dah lalu, jangan dikenang sangat…… (ko paham kan?..)
ehmm, walaupun aku tak pasti samade adakah aku benar2 layak beri nasihat ni.

Friday, April 10, 2009

My 2nd Follower...

eh eh, celik mata ...tutup mata...celik mata...gosok mata.....buka mata...buka besar lagi....gosok mata....buka mata....buka luas luas.....
.
.
hehehe.. dah ade 2 follower....yipii....
.
.
.
Thanks Ibu sayang....
.
.
selamat mengikut kemerepekan gua yang tiada kesudahannye.....
.

Mak, anakmu balik!

ya, aku balik kampung sok. rancangan aku, pagi-pagi aku beli tiket kat larkin on the spot and balik. Hari isnin petang baru balik. Ini rancangan aku, moga terlaksana. so, kengkawan, saya takkan berbloginglah nampaknye hari isnin ni. I would be in bus. Cite pasal naik bas ekspress ni, ade seram gak. harap-harap lah pemandu bas cukup tido dan cukup segalanya..

aku dah check ngan cik kaunter transnational and katanya bas paling awal ke bahau kul 8.30 pg. so, at least dari umah klo aku b'tolak kul 6.30, ok la kot. nak siap buat/beli sarapan (tapau) and makan kat dalam bas. aku tak nak beli makanan kat macap (tempat bas singgah jap) coz harga makanan kat situ bukan main tinggi lagi. tapi, tak leh nak salahkan diorang gak, coz tempat tu dah macam standard skit, org s'pore atau bas persiaran slalu singgah. so, its up to us, tak nak beli, iktihar cara lain untuk isi perut....(nampak sgt aku jimat gilerrr....ah, gasak ah, duit aku tu...)

entah la, hidup bujang tak bermakna duit boleh dibuang gitu sahaje....betul tak?...maybe boleh spend untuk benda yang lebih bermakna...bagi reward untk diri sendiri ke...utk org lain ke...

so, see you guys.
"have a good weekend and stay charm''