Tuesday, February 24, 2009

'chi quai'


Aku paling menyampah apabila dengar perkataan ni diucapkan. Setiap kali aku terdengar perkataan ini, tak kisahlah dalam situasi apapun aku barada, pastinya darahku sudah mendidih. Memang geram dan mual mendengar perkataan ini. Kepada sesiapa yang tidak tahu apakah perkataan ini dan maknanya, saya mengambil peluang ini untuk menerangkan kepada anda semua. Perkataan ‘chi quai’ berasal daripada bahasa mandarin yang bermaksud pelik. Kemarahan aku pada perkataan ini memang tiada batasnya, bahkan ketika aku menaip petikan ini pun, aku terasa bahang kemarahan. Aduhai, kenapalah perkataan ini wujud. Setakat ini, perkataan inilah yang aku klasifikasikan sebagai perkataan yang aku paling menyampah dalam hidupku. Aku teramat benci mendengar perkataan ini, lebih-lebih lagi kalau cara pengucapannya ditambah dengan nada yang agak nyaring, memang meloyakan.

No comments:

Post a Comment