Thursday, April 23, 2009

Semalam

.
Malam tadi aku tertidur awal. awal? hmm, sebenarnya tidak juga. lebih kurang pukul 12.00am. Semalam adalah hari aku tersenyum lebar selepas menonton W&D. Ya, semalam adalah episod terakhir dan telah sampai ke penghujung rancangan. hmm, ceritanya boleh tahan lah. ok, aku puas.
.
.
Kepada cik Malar yang hantar msg, 'tak, call mu tempohari, tidak mengganggu'
.
.
Semalam aku penat gila. Dah lah berhempas pulas kat tempat kerja (dengan perasaan dilema)
pastu aku ke rumah 2 anak muridku. dah lah moodku tak berapa baik (tapi aku tak tunjukan), murid kecik aku buat hal pulak. bayangkan semua homework yang aku bagi dia tak buat pun. actually, last week dia tak siap separuh, kali ini kesemuanya. panas tak? Kelas ku bermula lebih kurang pukul 6.30 ptg. first start dengan kakak dulu. tidak dinafikan kakaknya (murid besar ku-P5) bagus, bersemangat dan boleh dikategorikan budak pandai. so, kelas berjalan rancak, sampai dia terjerit-jerit menjawab soalan. Masa itu, aku ada rasa segan sikit, ye la rumah orang tapi terpekik-pekik. ku diamkan jua. pastu masa aku laporan, aku pun tulis bersemangat....bla....bla....bla....pastu: terlalu banyak bercakap, perlu dikurangkan. (tujuan aku, bukan nak mematahkan semangat studentku, tapi aku rasa, a teacher job is not end with just teaching, malah sebolehnya mendidik tatasusila, kesopanan, adab, pertuturan dan segala-gala yang baik). ahem, betulkah? atau aku ke yang perasan, syok sendiri?
.
.
Habis kelas ngan kakak, adiknya pun start around 8.00pm, kerja tak siap. bila aku tanya kenapa tak siap, dia jawab tak faham. Setelah meneliti soalan aku terima, ok lah mungkin juga. tapi beralih kepada kepada saolan-soalan lain, eh takkan semuanya tak faham. Fahamlah aku, student kecik aku sengaja ta buat kerja (malas...walaupun perkataan ni agak negatif untuk digunakan pada studentku, nanti apa pulak perasaan mak dia kalo aku kata anak dia pemalas). so, aku tak move to new topic, suruh dia buat homework.....mulalah sesi aku memujuk, merenung dan si dia memuncung...haiz.......sampai pukul 9.30pm
(coz, there is no point of moving to next topic when the student not understand or he don't want to make himself understand-hmm?)
.
.
macam-macam perangai.....ni baru dua, belum satu kelas....aduh
so for teachers....you guys are really great....
.

No comments:

Post a Comment