Tuesday, March 10, 2009

Bila Aku mula melihat SeKeLILINGKU.....

Sejak kebelakangan ini, aku dah mula fokus kepada isu-isu politik dalam negara. kalau dulu, memang haram, aku lebih fokus kepada isu masyarakat atau apa-apa berita lain yang menarik minatku. tapi kini, aku tidak sabar untuk melihat apakah isu hangat dalam politik negara. sebenarnya, aku bukanlah jenis yang minat isu politik atau ahli politik tetapi apa yang berlaku di negara kita hari ini adalah suatu yang tidak pernah aku jangka lima tahun dahulu. Ada pulak isu-isu yang, kalau fikir balik, memang tiada manfaatnya, lebih-lebih lagi ketika masalah economi. Malahan, pelaksanaan kerjaan untuk menangani permasalahan ini tampak kurang mantap. mungkin isu-isu politik yang berlaku kini mengganggu konsentrasi kerajaan untuk menunaikan tanggungjawabnya atau memang setakat ini sahajalah kemampuan kerajaan? aku tidak pasti.. yang pasti, masalah ekonomi perlu ditanggani dengan segera... mungkin kakitangan kerajaan tidak lagi terasa bahang kemerosotan ekonomi memandangkan mereka mempunyai perkerjaan yang bergaji lumayan dan terjamin. tetapi, sedarkah anda, perkerja di sektor swasta sudah mula terasa peritnya? kenaikan gaji ditangguh atau memang tiada kenaikan, bonus tahunan dikurangkan, elaun kerja masa tambahan dihapuskan dan banyak lagi. Akibatnya, ramai yang cuba mencari kerja tambahan diwaktu petang atau malam untuk menampung perbelanjaan harian, wang perbelanjaaan bulanan dikurangkan, rancangan-rancangan yang dirancang untuk keluarga terpaksa ditangguh atau dibatalkan terus. Adilkah ini? sebahagian rakyat hidup tanpa mengenal erti kesusahan dan selebihnya hidup dengan harapan hidupnya pasti dapat dinaik taraf suatu hari nanti? adakah kita hidup di dalam negara yang sama dan menikmati pelbagai prasarana dengan sama rata? walaupun negara kita telah merdeka lebih dari 50 tahun, aku masih merasakan tidak semua rakyat Malaysia melalui kehidupan yang sama rata. Disana-sini aku melihat ketidakadilan dan aku tidak punya kuasa untuk membetulkannya. jadi siapakah yang mempunyai kuasa ini?
Ya....pemimpin kita....pemimpin yang mempunyai kuasa dan boleh membawa perubahan...tetapi jika parti pimpinan yang sedia ada asyik bertelagah sesama sendiri dan membazirkan masa, aku takut suatu hari nanti, nasi sudah menjadi bubur. Tiada maknanya menyedari sesuatu selepas terlambat. Dengan ini, aku berharap segala propaganda politik yang negatif dapat dihapuskan dan perhatian diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tahukah kerajaan ramai rakyat malaysia yang berpendididkan tinggi tapi masih hidup dalam keaddan serba serbi? Pelik, tapi itulah hakikat....jika anda tidak tahu akan hal ini, bukalah mata anda dan cuba cari cara untuk perangi masalah kemiskinan hingga ke akar umbi......
'Kemiskinan' boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada negara dan tidak hairanlah jika suatu hari nanti, negara akan menjadi mundur, tidak kukuh dan ditindas.

2 comments:

  1. mmg entry yg menarik dan x bersifat berat sebelah...tp nk bg cadangn ble? klu ade perenggan lg best bca kot..adioss

    ReplyDelete
  2. thank you, betul. ok, saya akan betulkan.

    ReplyDelete