Tuesday, March 31, 2009

PTPTN OH PTPTN.......

Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi,
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur


Tuan,


Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah


“Pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah atau upah telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2008. Penawaran pembiayaan pendidikan mengikut kaedah Ujrah telah pun dilaksanakan kepada peminjam baru bagi kelulusan selepas 1 Disember 2008 dan akan dipanjangkan kepada semua peminjam sediada. Surat tawaran dan perjanjian mengikut kaedah Ujrah akan dikeluarkan dan diedarkan secara berperingkat kepada peminjam yang layak setelah urusan migrasi data daripada sistem sedia ada kepada sistem baru disiapkan. Semua peminjam perlu menandatangani perjanjian baru yang merupakan salah satu syarat bagi memenuhi kehendak syariah. Pengiraan upah satu peratus (1%) akan dilaraskan kebelakang, bermula 1 Jun 2008 selepas perjanjian baru ditandatangani dan dikembalikan oleh peminjam. Peminjam dinasihatkan untuk mengemukakan alamat terkini sekiranya bertukar alamat bagi melancarkan proses pengeposan surat tawaran dan perjanjian baru. Maklumat lanjut - Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008 "

Kenyataan diatas dipaparkan di web rasmi PTPTN, tetapi dimanakah pelaksanaannya? Seperti yang kita semua sedia maklum, sepatutnya, kaedah ini dilaksanakan bermula dari Januari 2009, tetapi sehinga kini tiada sebarang berita dari pihak PTPTN. Adakah pelaksanaan ini akan mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun lagi? dan rakyat perlu bersabar seperti menanti buah yang tidak gugur?

Saya dengan ini menyeru pihak PTPTN supaya mempercepatkan pelaksanaan Pembiayaan Pendidikan berasaskan kaedah Ujrah untuk kebaikan bersama.








Sekian,


Rakyat Yang Prihatin.

No comments:

Post a Comment