Friday, April 24, 2009

PENYERTAAN PERHIMPUNAN PERPADUAN HARI PEKERJA 2009

.
.



Thursday, April 23, 2009

Semalam

.
Malam tadi aku tertidur awal. awal? hmm, sebenarnya tidak juga. lebih kurang pukul 12.00am. Semalam adalah hari aku tersenyum lebar selepas menonton W&D. Ya, semalam adalah episod terakhir dan telah sampai ke penghujung rancangan. hmm, ceritanya boleh tahan lah. ok, aku puas.
.
.
Kepada cik Malar yang hantar msg, 'tak, call mu tempohari, tidak mengganggu'
.
.
Semalam aku penat gila. Dah lah berhempas pulas kat tempat kerja (dengan perasaan dilema)
pastu aku ke rumah 2 anak muridku. dah lah moodku tak berapa baik (tapi aku tak tunjukan), murid kecik aku buat hal pulak. bayangkan semua homework yang aku bagi dia tak buat pun. actually, last week dia tak siap separuh, kali ini kesemuanya. panas tak? Kelas ku bermula lebih kurang pukul 6.30 ptg. first start dengan kakak dulu. tidak dinafikan kakaknya (murid besar ku-P5) bagus, bersemangat dan boleh dikategorikan budak pandai. so, kelas berjalan rancak, sampai dia terjerit-jerit menjawab soalan. Masa itu, aku ada rasa segan sikit, ye la rumah orang tapi terpekik-pekik. ku diamkan jua. pastu masa aku laporan, aku pun tulis bersemangat....bla....bla....bla....pastu: terlalu banyak bercakap, perlu dikurangkan. (tujuan aku, bukan nak mematahkan semangat studentku, tapi aku rasa, a teacher job is not end with just teaching, malah sebolehnya mendidik tatasusila, kesopanan, adab, pertuturan dan segala-gala yang baik). ahem, betulkah? atau aku ke yang perasan, syok sendiri?
.
.
Habis kelas ngan kakak, adiknya pun start around 8.00pm, kerja tak siap. bila aku tanya kenapa tak siap, dia jawab tak faham. Setelah meneliti soalan aku terima, ok lah mungkin juga. tapi beralih kepada kepada saolan-soalan lain, eh takkan semuanya tak faham. Fahamlah aku, student kecik aku sengaja ta buat kerja (malas...walaupun perkataan ni agak negatif untuk digunakan pada studentku, nanti apa pulak perasaan mak dia kalo aku kata anak dia pemalas). so, aku tak move to new topic, suruh dia buat homework.....mulalah sesi aku memujuk, merenung dan si dia memuncung...haiz.......sampai pukul 9.30pm
(coz, there is no point of moving to next topic when the student not understand or he don't want to make himself understand-hmm?)
.
.
macam-macam perangai.....ni baru dua, belum satu kelas....aduh
so for teachers....you guys are really great....
.

Wednesday, April 15, 2009

Dr Malar

Kepada yang tidak tahu, semalam ialah Tahun Baru bagi masyarakat tamil - bukan India tapi Tamil. Hanye tamil sahaje ye cik cik, tuan-tuan….

So, pagi semalam mase mandi, sempat aku berkira-kira nak berniat yang baik seadanye…pastu lps kemas-kemas, sembayang…ade gak orang yang dah msg aku malam sebelumye….wish New Year….sampai ofis, aku pun reply, pastu aku plak cam biase belek-belek kat contact list untuk cari mangsa msg ku pulak…

Ok, sebenarnye bende yang aku nak post hari ni tentang kawan aku sorang ni….Cik Malar a.k.a. Dr Malar (future). So, Malar thanks for your msg and call (1 hour yesterday nite- till your credit finish and I miss some part of War & Destiny) and for 5-6 hours that we spend for chatting each other via yahoo messenger today.

So, for those who want to know, aku dan Malar adalah classmate masa form six. Form six….bila teringat, pehhh…rase nak pitam…..memang tough…Bio, Maths Lanjutan, Kimia (itu peberet aku), Pengajian am dan Muet. Ok la. Cik Malar skrang kat Palembang, buat Medic. Semoga Berjaye ye, kok mane tau, satu hari nanti aku patience ko…..bagi aku privilege skit ye…

Dan ni, nak ucapkan terima kaseh sbab ko sudi dengar aku merepek, merapu, mencurah kat ko, acctually ade banyak lagi, mungkin perlukan 5-6 jam lagi …. Nanti-nanti la ye…Aku nak ko selesaikan exam dulu…nanti kita borak lagi…
Pesan aku:

Benda dah lalu, jangan dikenang sangat…… (ko paham kan?..)
ehmm, walaupun aku tak pasti samade adakah aku benar2 layak beri nasihat ni.

Friday, April 10, 2009

My 2nd Follower...

eh eh, celik mata ...tutup mata...celik mata...gosok mata.....buka mata...buka besar lagi....gosok mata....buka mata....buka luas luas.....
.
.
hehehe.. dah ade 2 follower....yipii....
.
.
.
Thanks Ibu sayang....
.
.
selamat mengikut kemerepekan gua yang tiada kesudahannye.....
.

Mak, anakmu balik!

ya, aku balik kampung sok. rancangan aku, pagi-pagi aku beli tiket kat larkin on the spot and balik. Hari isnin petang baru balik. Ini rancangan aku, moga terlaksana. so, kengkawan, saya takkan berbloginglah nampaknye hari isnin ni. I would be in bus. Cite pasal naik bas ekspress ni, ade seram gak. harap-harap lah pemandu bas cukup tido dan cukup segalanya..

aku dah check ngan cik kaunter transnational and katanya bas paling awal ke bahau kul 8.30 pg. so, at least dari umah klo aku b'tolak kul 6.30, ok la kot. nak siap buat/beli sarapan (tapau) and makan kat dalam bas. aku tak nak beli makanan kat macap (tempat bas singgah jap) coz harga makanan kat situ bukan main tinggi lagi. tapi, tak leh nak salahkan diorang gak, coz tempat tu dah macam standard skit, org s'pore atau bas persiaran slalu singgah. so, its up to us, tak nak beli, iktihar cara lain untuk isi perut....(nampak sgt aku jimat gilerrr....ah, gasak ah, duit aku tu...)

entah la, hidup bujang tak bermakna duit boleh dibuang gitu sahaje....betul tak?...maybe boleh spend untuk benda yang lebih bermakna...bagi reward untk diri sendiri ke...utk org lain ke...

so, see you guys.
"have a good weekend and stay charm''

Thursday, April 9, 2009

PTPTN OH PTPTN.......siri kedua

nah, tadi pagi tengah sibuk keje, tiba-tiba tangan yang gatal ni, klik nak negok blog dan baca blog orang lain. tengah baca baca tu, ternampakla post aku tentang ptptn tempohari. Nah, aku pun call ptptn ingat nak tanya ape dah jadi dengan rancangan diorang ni.

ok, menurut maklumat yang aku terima, PTPTN belum lagi bersedia untuk menjalankan rancangan diorang untuk menukarkan interest 3 % kepada 1% lagi, tiada sebarang orang yang dipilih, dan orang yang entitle adalah mereka-mereka yang membayar tanpa sebarang tunggakan sahaja. so, sape yang ade tunggakan tu cepat-cepat lah settlekan.

but, the question is, kalo PTPTN belum bersedia, nape nak umumkan benda tu nak dilaksanakan Jan 2009 secara berperingkat-peringkat? lagi satu kenapa nak letak kat website?
Kalau belum bersedia, bukankah maksudnya masih dalam perbincangan, persediaan dan munkin akan dilaksanakan atau mungkin tidak? kenapa perlu diumukan, lepas tu cakap belum bersedia?

actually bukan isu ni je, aku ade perhatikan ade beberapa perkara yang telah diumumkan akan dilaksanakan, tapi tiada pelaksanaan. main umum je. Don't do this okey!!! bad habit.....

aku....si Guider... (part 3)

Selamat Pagi semua,

nah, aku dah ngajar semalam, yahoo...gembira tahap mashuk...ialah aku sedar bahawasanya bakat mengajar memang ade , cuma.....haiz
anyway, bebudak nampak ok dengan aku, terutama yang besar...
since aku memang expert maths, so takde lah susah sangat...
cuma time management yang aku perlu cover lepasni ....takleh nak herat lama-lama, kena make it simple and clear, pastu example kena bagi pelbagai jenis. ha, nanti mudahlah dia nak buat homework yang aku bagi dan juga kerja sekolah.


semalam, yang untuk kakak, aku cover decimals, extended notation, convert fraction of thousandths to decimal dan sebaliknya. yang buat aku terkejut sikit, makcik tu minta aku buat report, macam kat sekolah kan kita rekod apa yang diajar kat dalam buku....buku ape tu ye.....alamak dah lupa nama pulak....sebiji cam tu. but, thats fine for me.

untuk adiknya pun aku buat yang same, ajar decimals (buku 1) dan ajar money (buku dua)- convert notes to coins and visa versa. Best!

secara kesuluruhan aku puas dengan hasil kerjaku. sempat aku tanye makcik tu, macam mane, ok saya ajar? dia kata anak dia yang besar kate ok. huhu berbunga hati...

habis kelas aku singgah jap kat Today market. ade Fun Fair, tapi aku tak masuk. malas. lantak la. Lagipun yang sebelum ni aku gi, mahal. Memandangkan kemerosotan ekonomi, takde semangat nak bersuka ria sangat. ala kadar cukup la. Beli vcd- Slumdog Milionair- walaupun dah lapuk aku baru la nak tonton.

nah, lets me gives some review. Jalan cerita ok, less budject kot, tapi takde la tahap aku jatuh cintan... entah, aku rase biase je cite ni....Lagu Jai ho pun aku rase not the best one from AR Rahman....ade banyak lagi lagu yang mantap.... maybe, this what people call faith...dah memang masanya....


adegan yang aku paling suka : mase Jamal kat dalam toilet, pastu amitab datang, orang berpusu-pusu nak jumpa amitab, Jamal terjun dalam ...... tanpa merosakkan gambar amitab kat tangan and my goodness dia lari jumpa amitab, dapatkan signature with his body.......hahaha
tu la, kalau dah suka seseorang tu......ape nak jadi, jadi la. Love is blind.

Suka tengok lakonan Jamal (Jamal paling kecil). Selain mengambarkan kehidupan didaerah miskin di Mumbai, ia juga tentang persahabatan- antara Jamal, Salim dan Latika. Salim's character is nice to watch-abang yang sentiasa melindungi adik...hmm good.

Sesuai ditontan dihari minggu untuk merehatkan minda anda.